Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Apabila Dajjal berpindah ke fasa penghidupan yang seterusnya di muka bumi iaitu “...satu hari seperti seminggu...”, dia juga akan sekali lagi berpindah secara geografinya.
Sheikh Imran N. Hosein berpendapat bahawa Dajjal akan selanjutnya berpindah ke destinasinya yang sebenar, yang ditunggu-tunggu dalam usaha untuk menyempurnakan misinya, iaitu Israel.
Perpindahan geografi ini akan menandakan bahawa Dajjal akan benar-benar hampir dengan kemuncak perjuangannya untuk memperdayakan umat manusia, khususnya orang-orang Yahudi.
Ingat lagi apabila hamba nyatakan pada 3 Februari 2009 bahawa Dajjal, dalam penyamarannya sebagai al-Masih yang ditunggu-tunggu, yang dicipta Allah s.w.t. bersama misi untuk menghukum orang-orang Yahudi yang telah menolak keimanan kepada Rasulullah s.a.w. dan ajaran Islam yang dibawanya itu, harus melakukan perkara-perkara berikut:
1. Membebaskan Tanah Suci (Baitul Maqdis) daripada pemerintahan mereka yang bukan daripada bangsa yang terpilih (yang tidak menyembah Tuhan Nabi Ibrahim a.s.)
2. Membawa kembali kaum yang terpilih itu ke Tanah Suci
3. Menubuhkan kembali kerajaan Bani Israil yang telah didirikan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
4. Menjadikan kerajaan itu sebagai 'kuasa' yang memerintah dunia; lalu kemuncaknya
5. Sebagai raja dia haruslah memerintah dunia daripada ibu kota pemerintahan itu, yakni Baitul Maqdis (Jerusalem)
Maka menerusi fasa “...satu hari seperti setahun...” dan “...satu hari seperti sebulan...”, Dajjal telah menyempurnakan tugasan 1. hingga 3. di atas menerusi proksinya Britain dan Amerika Syarikat yang telah memerintah dunia dengan kekuasaan luar biasa mereka.
Dan sebenarnya ‘pembebasan’ Tanah Suci adalah kononnya pembebasannya daripada pemerintahan orang-orang yang bukan Yahudi, kaum terpilih yang harus ‘dibawa’ kembali ke Tanah Suci itu ialah kaum Bani Israil, dan ‘kerajaan’ yang harus didirikan itu, yang kononnya didirikan atas asas kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s., ialah sebenarnya Kerajaan Negara (Haram) Israel.
Itulah yang telah dilakukan dengan jayanya oleh al-Masih al-Dajjal selama ini.
Lalu apabila kerajaan yang terpilih itu sudah pun didirikan sekarang (sejak tahun 1948), maka yang perlu dilakukan oleh Dajjal seterusnya ialah untuk menyempurnakan no 4. di atas, yakni dengan menjadikan kerajaan itu sebagai ‘kuasa’ yang memerintah dunia.
Dan ini hanyalah bisa dilakukan apabila Dajjal secara geografinya, berpindah ke negara Israel itu. Di situlah pusat sebenar di mana tapak tipu daya Dajjal ke atas umat manusia secara hakiki perlu berlaku.
Maka dengan itu, dalam mentakwilkan hadis Rasulullah s.a.w. (Sahih Muslim) berkenaan Dajjal yang akan hidup di muka bumi selama “...satu hari seperti seminggu...”, sesungguhnya fasa yang dimaksudkan itu ialah Dajjal akan hidup di Israel. Dari situlah dia akan meneruskan ‘serangan’nya ke atas umat manusia.
Demikianlah.
Wallahu’alam.
Monday, February 23, 2009
“...Satu Hari Seperti Seminggu...”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment