Wednesday, February 11, 2009

al-Masih al-Dajjal (V)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.

Amma ba’du.

Lalu setelah kita telah mengenali siapa itu Dajjal dan seterusnya memahami apakah tugas-tugasnya, kini kita bolehlah kembali untuk memahami hadis yang mula-mula hamba sertakan dahulu berkenaan Dajjal:

“Apabila Dajjal dibebaskan, dia akan hidup di muka bumi selama empat puluh hari; satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan hari-hari seterusnya sama seperti hari kamu.” (Sahih Muslim)

Maka menurut tafsiran Sheikh Imran N. Hosein berhubung hadis di atas dalam bukunya Jerusalem in the Qur'an, sewaktu Dajjal mula-mula dibebaskan ke muka bumi itu:

1. Dajjal dibebaskan di sebuah pulau (sila rujuk kembali hadis daripada Tamim ad-Dari yang hamba ditampilkan pada 30 Januari 2009)

2. Pulau yang dimaksudkan itu adalah, tiada yang lain, melainkan Britain

Maka inilah berupa penutup hamba kepada pengenalan al-Masih al-Dajjal.

Wallahu'alam.

1 comments: