Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Pintu untuk orang-orang Yahudi bertaubat itu terbuka luas apabila akhirnya Muhammad bin Abdullah s.a.w. berhijrah ke Madinah daripada kota Mekah dalam tahun ke-13 kenabiannya (inilah salah satu daripada hikmah terbesar penghijrahan baginda, walaupun jarang-jarang sekali dinyatakan).
Allah s.w.t. telah berfirman bahawa sekiranya orang-orang Yahudi menerima Muhammad s.a.w. itu sebagai Rasul Allah dan seterusnya beriman dengan ajaran Islam yang dibawanya, maka taubat mereka akan diterima dan dosa-dosa mereka akan diampunkan.
"(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Qur'an), mereka itulah orang-orang yang beruntung." (al-A'raf: 157)
Adalah dipermudahkan untuk orang-orang Yahudi mengenali bahawa Rasulullah s.a.w. adalah nabi yang dimaksudkan itu kerana baginda, semasa 17 bulan yang pertama di Madinah, telah melakukan perkara-perkara yang berikut:
1. Berpuasa sebagaimana cara dan pada hari-hari yang orang-orang Yahudi berpuasa (dari terbenam matahari sehingga terbenam matahari – menurut syariat dalam Kitab Taurat)
2. Mengerjakan solat berkiblatkan Baitul Maqdis, sama seperti kiblat orang-orang Yahudi (untuk menunjukkan bahawa Rasullah s.a.w. mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s. – walaupun sukar untuk orang-orang Arab berbelakangkan Kaabah yang sangat mereka muliakan secara turun-temurun itu)
Walau bagaimanapun, sepertimana Allah s.w.t. itu tetap dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Rahman, Maha Rahim dan Maha Pengampun, begitu juga orang-orang Yahudi itu tetap dengan sifat-sifat mereka yang bongkak dan menyombongkan diri.
Mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Kata mereka, ini bukannya nabi yang dijanji-janjikan untuk mereka; mana mungkin, nabi yang baru berhijrah ke Madinah ini adalah orang Arab, bukannya orang Yahudi. Jadi, ini bukannya nabi untuk mereka!
Bukan itu sahaja, malah mereka kini berkonspirasi pula untuk memusnahkan Islam.
Wallahu'alam.
Saturday, February 7, 2009
al-Masih al-Dajjal (III)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment