Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Telah hamba nyatakan bahawa Allah s.w.t. telah berfirman bahawa kaum Bani Israil (Yahudi) akan melakukan dua kali kerosakan di Tanah Suci (Baitul Maqdis) sebelum menduduki secara haram bumi Palestin pada tahun 1948 (sila rujuk kembali ayat 4 dan 5, surah al-Isra' yang hamba sertakan pada 1 Februari 2009).
Telah juga hamba nyatakan bahawa untuk kerosakan yang pertama itu, kaum Bani Israil telah menerima hukuman berupa serangan tentera Babylon ke Baitul Maqdis dalam tahun 586 SM sehingga menyebabkan kehancurannya dan pengusiran mereka dari Tanah Suci. Selanjutnya, mereka juga dijadikan hamba di Babylon.
Untuk kerosakan yang kedua, hukuman yang mereka terima berupa serangan daripada tentera Rom pula, yang diketuai oleh Jeneral Titus dalam tahun 70 M. Kali ini juga, masjid yang telah dibina semula akibat serangan yang pertama itu telah lagi sekali diruntuhkan, penghuni Baitul Maqdis pula dibunuh dan saki-baki orang-orang Yahudi telah diusir keluar dari situ.
"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai." (al-Isra': 7)
Untuk hukuman yang kali ini, bangsa Yahudi telah diusir keluar ke merata ceruk dunia dan dipecahkan secara berasing-asingan, tidak lagi sebagai suatu kelompok yang satu seperti sebelumnya.
Hukuman kali ini adalah atas kerosakan (atau kejahatan) yang mereka lakukan kerana membunuh nabi-nabi yang diutuskan untuk membawa kebenaran kepada mereka.
Pertamanya, mereka membunuh Nabi Zakaria a.s. di dalam masjid dan kemudiannya membunuh pula Nabi Yahya a.s. secara tipu daya.
"Lalu ditimpakanlah kepada mereka (iaitu orang-orang Yahudi) nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi (iaitu Nabi Zakaria a.s. dan Nabi Yahya a.s.) yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas" (al-Baqarah: 61)
Selanjutnya, mereka berbangga dan menyombongkan diri kerana mendakwa telah menyalib dan membunuh Nabi Isa a.s. (walaupun sebenarnya Allah s.w.t. telah menyelamatkannya dengan mengangkatnya ke langit).
"Dan kerana ucapan mereka: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih, Isa ibn Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka." (an-Nisa': 157)
Walau bagaimanapun, sesungguhnya Allah s.w.t. itu tetap Maha dengan sifat Rahman dan Rahim. Sesungguhnya dia juga adalah Maha Pengampun.
Walaupun berulang-ulang kali kaum Bani Israil ini melakukan kerosakan dan kejahatan, mereka tetap diberikan jalan untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Sekiranya mereka bertaubat, lalu seperti mana-mana hamba-Nya yang lain yang bertaubat, Allah s.w.t. tetap akan mengampuninya juga.
Telah ditetapkan bahawa jalan untuk orang-orang Yahudi ini bertaubat adalah di Madinah. Maka sebab itulah para alim ulama orang-orang Yahudi ini, yang terdiri daripada rabbi-rabbi mereka, telah berkumpul di situ. Mereka mengetahui bahawa akan datang seorang nabi yang akan membawa mereka kepada kebenaran. Lalu duduklah sebahagian daripada mereka di Madinah menantikan kedatangan nabi yang ditunggu-tunggu itu.
Sesungguhnya, lagi sekali janji Allah s.w.t. itu pasti benar.
Wallahu'alam.
Thursday, February 5, 2009
al-Masih al-Dajjal (II)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment