Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Sesungguhnya, kedatangan Dajjal adalah salah satu daripada 10 tanda besar kiamat.
"Datang kepada kami Rasulullah s.a.w. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu baginda bersabda: Apa yang kamu perbincangkan? Kami menjawab: Kami sedang berbincang tentang hari kiamat. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya. Kemudian baginda menyebutkannya: asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa ibn Maryam a.s., Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (Sahih Muslim)
Nama penuhnya ialah al-Masih al-Dajjal, bermaksud 'al-Masih Yang Palsu'. Dajjal juga bermaksud 'untuk memperdayakan'.
Dajjal, hakikatnya ialah seorang manusia (sila rujuk kembali hadis daripada Tamim ad-Dari yang hamba ditampilkan pada 30 Januari 2009). Sekiranya tidak, Tamim ad-Dari r.a. tidak akan dapat melihatnya dalam keadaan tangannya yang diikat ke leher, dengan kedua pergelangan kakinya yang dirantaikan di dalam biara itu. Juga, sekiranya tidak, Tamim ad-Dari dan rombongannya tentu turut tidak akan dapat bersoal jawab dengannya.
Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:
"...Dia (Dajjal) akan berupa seorang lelaki muda yang mempunyai rambut yang mengecut, berpintal, dan satu mata yang buta. Aku membandingkannya dengan 'Abd-ul-'Uzza b. Qatan..." (Sahih Muslim)
Oleh kerana Dajjal ialah 'al-Masih Yang Palsu' maka tugasnya adalah untuk menyamar sebagai 'al-Masih Yang Sebenar'.
Dengan itu, menurut Sheikh Imran N. Hosein lagi dalam bukunya Jerusalem in the Quran, dalam usaha penyamarannya itu, Dajjal seharusnya perlu melakukan apa yang harus dilakukan oleh Nabi Isa ibn Maryam a.s. iaitu:
1. Membebaskan Tanah Suci (Baitul Maqdis) daripada pemerintahan mereka yang bukan daripada bangsa yang terpilih (yang tidak menyembah Tuhan Nabi Ibrahim a.s.)
2. Membawa kembali kaum yang terpilih itu ke Tanah Suci
3. Menubuhkan kembali kerajaan Bani Israil yang telah didirikan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.; dan
4. Menjadikan kerajaan itu sebagai 'kuasa' yang memerintah dunia
Lalu kemuncaknya, sebagai raja dia haruslah memerintah dunia daripada ibu kota pemerintahan itu, yakni Baitul Maqdis (Jerusalem).
Setelah melakukan perkara-perkara tersebut, barulah orang akan mempercayai bahawa dia adalah al-Masih.
Namun, mengapa Dajjal harus diturunkan di muka bumi dan menyamar pula sebagai al-Masih?
Wallahu'alam.
Tuesday, February 3, 2009
al-Masih al-Dajjal (I)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment