Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Amma ba’du.
Jawapan mudah yang diberikan Israel ialah kerana Hamas telah tidak henti-henti melancarkan serangan roket ke wilayah mereka. Ini suatu pencabulan kedamaian, kata mereka dan ia mengancam keselamatan penduduk mereka. Lalu, atas dasar itu dan setelah selama ini terpaksa bersabar dengan tindakan Hamas, maka akhirnya mereka perlu menyerang Gaza. Tiada lagi pilihan lain. Lalu justifikasi kepada serangan ini ialah untuk menghentikan serangan roket Hamas yang bertalu-talu itu.
Hamas pula berkata, serangan roket ke wilayah Israel adalah sebagai suatu protes terhadap tindakan kekangan yang dikenakan oleh Israel pada Semenanjung Gaza. Walaupun mendakwa telah berundur sepenuhnya daripada wilayah itu pada 2005, Israel sama sekali tidak pernah meninggalkan Gaza, kata Hamas. Israel terus mengadakan sekatan ekonomi, makanan serta perubatan kepada penduduk Gaza dan terus menutup pintu-pintu sempadan Gaza. Ini masih suatu kependudukan lalu Hamas perlu menentang sebarang bentuk pendudukan terhadap tanah air mereka.
Israel berkata Hamas perlu menghentikan serangan roket dan mereka akan berhenti menyerang Gaza.
Hamas pula berkata Israel perlu berundur sepenuhnya daripada pendudukan di bumi Palestin dan mereka akan menghentikan serangan roket.
Permintaan yang mudah daripada kedua-dua belah pihak, namun amat berbeza sekali tuntutannya. Dan kerana perbezaan tuntutan inilah maka serangan telah berlaku di Gaza. Dan akibat perbezaan ini jugalah, saudara-saudara semuslim di Gaza telah menjadi mangsa korban.
Namun, apakah sebab sebenar Israel menyerang Gaza?
Jawapannya dicari-cari penduduk dunia, namun hanya segelintir yang benar-benar mengetahuinya.
Jawapannya yang sebenar ialah kerana al-Masih al-Dajjal perlu memasuki fasanya yang ketiga – iaitu “satu hari seperti seminggu”.
Ya, itulah yang sebenarnya.
Wallahu’alam.
Wednesday, January 28, 2009
Apakah Sebab Sebenar Israel Menyerang Gaza?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah is great, He knows each of single thing what was happening over there in Gaza. We as a MUSLIMS, please do make a pray and dua to stop all the massacre in Palestine. ALLAHUAKHBAR!!!!!!!
ReplyDelete